Kulit Depan
Kulit Belakang
Assalamu`alaikum
Wbt.
Pihak
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi
melawat laman blog ini. Untuk pengetahuan, penglibatan kami adalah dalam
bidang penerbitan bahan-bahan bercetak berupa kitab-kitab, majalah, VCD dan lain-lain terbitan, pembekalan alat tulis dan
pembangunan sistem teknologi maklumat berkomputer. Pihak kami juga mengimport
bahan terbitan khususnya kitab-kitab agama dan manuskrip-manuskrip (dalam bab agama) dari luar negara seperti dari
Indonesia, negara Timur Tengah dan lain-lain negara untuk dibekalkan ke Perpustakaan Negara dan juga
ke Perpustakaan-perpustakaan Negeri diseluruh tanah air.
Terbitan
terbaru Pustaka Tabut Sakinah adalah:
Tajuk
|
:
|
SOLAT ANUGERAH TUHAN
(Jalan-jalan
meraih keasyikan Solat)
|
Tahun
Terbit
|
:
|
Desember 2017
/ 1439H
|
Penulis
|
:
|
Tabut
Sakinah @ Ayahanda Lutfi Yusof
|
ISBN
|
:
|
978-967-15568
-0-1
|
E-mel
|
:
|
tabutsakinah@yahoo.com
|
Muka
Surat
|
:
|
152 muka surat (termasuk kulit).
|
Harga
Senaskah
|
:
|
Sem: RM25 ; Sabah Sarawak: RM30
|
Kitab ini mula diedarkan dalam bulan Januari 2018.
Pada
dasarnya, kitab ini ditulis atas permintaan daripada beberapa pihak khususnya
sahabat handai yang sama-sama mahu meningkatkan mutu solat. Umumnya, bila
ditanya, apakah rujukan yang diambil untuk mendirikan solat? Hampir semua sahabat
menyatakan bahwa mereka solat hanya berdasarkan apa yang dipelajari sejak kecil
samada dari bangku sekolah rendah atau daripada ajaran ibubapa mereka. Mereka juga
mengakui ianya tidaklah tersusun dan tidak lengkap. Dalam lain perkataan,
pembelajaran dari kecil-kecil sekadar ikut-ikutan tanpa dalil. Apabila timbulnya
beberapa kekeliruan, sukar untuk mencari jalan penyelesaian disebabkan tidak
tahu hendak merujuk kepada kitab yang mana
satu, lebih-lebih lagi bagi pesolat yang tidak mempunyai guru.
Masalah
yang selalu timbul adalah berkenaan dengan penyakit
was-was dan masalah khilaf. Penyakit was-was timbul kerana terdapatnya
takwil-takwil yang seolah-olah menyerupai syarak dan di syariatkan dalam ibadah
solat.
‘Bida`ah disyarakkan’ !!! ..
Pesolat
sangat sukar untuk menyelesaikan kekeliruan
apabila tidak ada rujukan. Oleh itu, mereka mendirikan solat hanya seperti apa
yang pernah dipelajari sebelum ini dan kekallah begitu. Yang menjadi bahaya, ada
perkara yang nampak kecil sahaja tetapi apabila dipandang ringan, bukan
setakat boleh membatalkan solat, malah boleh membatalkan Syahadah. Akhirnya
yang dapat hanyalah penat dan murka Allah swt.
Tidak
dinafikan, terdapat beribu-ribu kitab solat diterbitkan dan terjual di pasaran
terbuka. Mengapa pula mereka kata masih tidak ada bahan rujukan. Ini mungkin
disebabkan mereka tidak tahu kitab mana yang sesuai untuk diri masing-masing. Ada
juga pesolat yang memilikinya, tetapi tidak ada bahan yang menerangkan
kesalahan-kesalahan yang tidak disedari ketika solat. Mereka juga dapati tiada
latihan-latihan sebagai persediaan awal untuk solat sedangkan solat adalah
Penghulu segala ibadah, maka akhirnya gagal untuk mendapat khusyuk dalam solat,
atau sekurang-kurang boleh sedar yang diri sedang bersolat. Dalam bab solat,
yang paling penting adalah bila pesolat berjaya meraih khusyuk.
Dari
terbitan Pustaka Tabut Sakinah ini, kami akan cuba memberikan latihan-latihan di luar solat secara
khusus bagaimana untuk meraih khusyuk agar lebih yakin ketika
mendirikan solat. Latihan di luar solat bermakna bukanlah latihan di dalam solat.
Jika di dalam solat, bererti kita menambahkan
rukun. Menambahkan rukun adalah bertentangan dengan hukum syarak, ianya ada
berlaku dan ada diterangkan dalam buku.
Antaranya,
pihak kami akan menerangkan terlebih dahulu tempat-tempat
yang sering berlakunya kesalahan pada SETIAP
rukun Solat iaitu:
1.
|
:
|
Niat
|
2.
|
:
|
Qiyam
|
3.
|
:
|
Takbir
|
4.
|
:
|
Al-Fatihah
|
5.
|
:
|
Ruku`
dan Toma`ninah
|
6.
|
:
|
I`tidal
dan Toma`ninah
|
7.
|
:
|
Sujud
dan Toma`ninah
|
8.
|
:
|
Duduk
Antara Dua Sujud dan Toma`ninah
|
9.
|
:
|
Duduk
Tahyat Akhir
|
10.
|
:
|
Bacaan
Tahyat Akhir
|
11.
|
:
|
Selawat
|
12.
|
:
|
Salam
|
Dalil-dalil
setiap perlaksanaan rukun akan dinyatakan. Sekurang-kurangnya pesolat mengetahui bahawa setiap
perbuatan dalam solatnya itu ada bukti-bukti dari nas yang sohih. Pembaca juga akan bertemu dengan istilah-istilah baru dalam solat yang mungkin tidak perasan selama ini, sedangkan ianya adalah perbuatan dalam solat berserta ilustrasi geraklaku dalam solat untuk memudahkan kefahaman pembaca.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sollu
kama roaitu muuni usolli”.
Solatlah sebagaimana kamu melihat aku
solat.
(Imam Bukhari 3/7, no 595, 631, 5615, 6008)
Hasil
dari pengajian secara bertalaqi dengan beberapa orang guru-guru termasuk bertalaqi dengan guru-guru pondok, merujuk kepada
manuskrip-manuskrip asli, merujuk kepada kitab-kitab ulung seperti dalam Kitabus
Sittah (Himpunan Enam Kitab Hadis), Nailul Awthar, Munyatul Musyalli, Miftahul
Jannah, Hidayatus Salikin dan lain-lain, maka pihak kami dhoman (himpunkan) pengetahuan solat ke
dalam kitab kecil ini untuk memudahkan pesolat-pesolat membacanya. Penulisan ini
hanyalah secara asas (ringan) sahaja agar pesolat mudah faham dan boleh berusaha meningkatkan
mutu solat dari masa ke semasa sehingga sempurna.
Untuk
membetulkan solat, peringkat awalnya pihak kami akan terangkan dengan jelas kesalahan-kesalahan yang sering berlaku pada setiap
rukun ini. Latihan-latihan asas dan penting kami susun untuk melatih
supaya otak kiri dan otak kanan pesolat dapat berfungsi dengan baik ketika mendirikan
solat, sehingga kedudukan rohani dan jasmani seiringan. Ini bermakna tiada dusta antara rohani
dan jasmani sewaktu mengadap Allah Azza Wa
Jalla, Dzat yang Wajibul Wujud.
Ibadah
Solat adalah Penghulu
segala ibadah. Hakikatnya ibadah solat terdiri dari tiga cabang ilmu iaitu:
1.
Ilmu Tauhid (Iman),
2.
Ilmu Fiqh (Syariat) dan,
3.
Ilmu Tasauf (Kerohanian).
Setiap pesolat wajib
mempelajari ketiga-tiga cabang ilmu ini sekurang-kurangnya melepasi had Fardhu
Ain. Oleh itu, pihak kami cuba menghimpunkan atau mendhomankan ketiga-tiga
cabang ilmu dalam penulisan ringkas ini. Kami membawa pendekatan yang paling asas untuk
memudahkan pembaca @ pesolat membacanya. Sekurang-kurang pesolat sedar bahawa,
Tauhid, Fiqh dan Tasauf berjalan serentak ketika solat. Dari sini, pesolat akan
lebih sedar dan peka akan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama ini tanpa
disedari.
Dalam penulisan kitab kecil ini, ia BUKANLAH membicarakan hal-hal kerohanian (mencarik adat) seperti soal
solat Hakikat, solat Makrifat, Thoriqat dan lain-lain, sebagaimana yang dilalui oleh murid-murid jalan kerohanian. Kaedah atas jalan-jalan kerohanian ini, mestilah di bawah tarbiah guru-guru rohani yang alim lagi sufi (seperti guru-guru pondok). Kitab ini
hanya membicarakan bab yang paling asas dalam solat tetapi selalu terlepas
pandang sahaja. In sya Allah.
Rukun-rukun solat terdiri
dari perkara yang nyata dan yang lain-lain yang bersangkut paut dengan hati (Tasdiq Bilqalbi), iaitu adanya peranan zahir
dan adanya peranan batin. Di manakah
letaknya peranan batin ini akan
diterangkan dalam kitab ini. Ianya tidaklah sukar, cuma mungkin belum pernah diberitahu
sahaja. In sya Allah.
Kitab kecil ini sesuai
dibaca oleh sesiapa sahaja, samada daripada peringkat pelajar sekolah menengah
hinggalah kepada golongan ahli-ahli kerohanian.
Penerbitan ini bukanlah mengemukakan penemuan yang
baru, sedangkan ibadah solat sudah
diamalkan lebih 1400 tahun yang lalu.
Penerbitan ini cuma ditulis dengan gaya atau kaedah yang baru agar pesolat
lebih mudah faham. Fokus utama adalah untuk memastikan agar pesolat kenal kesalahan-kesalahan yang
selalu dibuat dan diajar cara-cara membetulkannya. Semoga kitab ini berada
di setiap rumah untuk dijadikan salah satu rujukan jika terdapat sebarang
kekeliruan. In sya Allah.
Di dalam solat, Al-Fatihah
merupakan perkara utama yang paling asas. Al-Fatihah boleh didengari melalui
banyak versi sehingga kita tidak tahu
daripada lidah mana yang kita boleh gunapakai. Yang penting kita belajar
dan amalkan setakat mana yang mampu. Keampunan Allah SWT ada di situ bagi
hamba-hambaNya yang sudah berusaha. Di
dalam pembacaan Al-Fatihah, akan terdapat kesalahan-kesalahan besar dan kecil (Lahnun Jaliy &
Kuffiy). Kesalahan ini boleh membawa kepada Syirik Jaliy dan juga Syirik Kuffiy
kerana sebutan itu mampu mengubah makna sehingga boleh menyekutukan Allah SWT. Kesalahan-kesalahan
ini akan diterangkan serba ringkas dalam kitab ini. Jika kita keliru atas lidah makhluk, baliklah pada hukum yang dipelajari.
Di dalam mana-mana ayat
Quran, kita kena tahu bahawa untuk memperolehi keberkatan, sebaik-baiknya kita kena cuba faham (belajar) beberapa berikut:
1.
|
Tajwid dan
Makhrajnya. Hukum mempelajari Tajwid adalah fardhu kifayah tetapi membaca
Al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain atas setiap individu.
|
2.
|
Terjemahan setiap perkataan.
|
3.
|
Sebutan yang
betul. Jangan bagi salah sebutan sehingga mengubah makna.
|
4.
|
Malaikat-malaikat
penjaga (Rooisul Akbar @ Muakal) yang menanggung Ayat-ayat Quran.
|
5.
|
Gangguan iblis dalam setiap sebutan yang
salah, walau bunyi yang didengari seakan betul. Iblis mengambil peluang ini
dengan menamakan anak-anaknya dari sebutan-sebutan yang salah ini, tetapi
disangka benar oleh pembaca.
|
6.
|
Hikmah-hikmah yang ada pada setiap
sebutan. Jika susunan sebutan salah, maka iblis akan mengambil tempat untuk
menghadirkan hal mencarik adat (istidraj) seperti membangga diri, ujub dan
lain-lain.
|
Kebanyakan pesolat hanya mengambil berat hal yang pertama sahaja dan tidak menitikberatkan perkara-perkara dua hingga enam (2,3,4,5 dan 6) di atas. Sebab itulah, kebanyakan solat yang dilakukan tidak memberi kesan, sedangkan dalam Al-Quran:
Allah
SWT berfirman:
“Sesungguhnya
solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar”.
(Surah Al-Ankabut :45).
Dalam kitab kecil ini akan diberikan
keterangan beberapa kekeliruan dan kesalahan berkenaan Surah Al-Fatihah ini di
bahagian bab 4. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah tetapi membaca
Al-Quran dengan bertajwid hukumnya adalah Fardhu Ain atas diri
masing-masing. Semoga kita dapat melatih lidah masing-masing dengan
kerap agar dapat menyebutnya dengan betul.
In
sya Allah, dengan menelaah kitab kecil ini, pesolat akan mengetahui setiap
kesalahan di setiap rukun dan akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.
Kita sama-sama doakan semoga Allah SWT ijabahkan segala perlaksanaan solat kita ini sebagaimana yang telah diijabahkan pada diri Rasulullah SAW, kepada sahabat-sahabat, guru-guru dan seterusnya pada kita semua.
Mari juga kita berdoa semoga dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT, dipermudahkan segala pekerjaan kita, tiada galangan, tiada halangan, seumpamanya mudahnya perjalanan matahari daripada masyrik ke maghrib, tiada siapa berkuasa menghalangnya melainkan atas kehendak Allah Azza Wa Jallah.
Amin Amin Amin Ya Rabbal'alamin.
Kita sama-sama doakan semoga Allah SWT ijabahkan segala perlaksanaan solat kita ini sebagaimana yang telah diijabahkan pada diri Rasulullah SAW, kepada sahabat-sahabat, guru-guru dan seterusnya pada kita semua.
Mari juga kita berdoa semoga dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT, dipermudahkan segala pekerjaan kita, tiada galangan, tiada halangan, seumpamanya mudahnya perjalanan matahari daripada masyrik ke maghrib, tiada siapa berkuasa menghalangnya melainkan atas kehendak Allah Azza Wa Jallah.
Amin Amin Amin Ya Rabbal'alamin.
Bersama-sama
ini diberikan sedutan beberapa muka surat dari kitab ini iaitu:
1.
Isi Kandungan
2.
Kata Aluan Penulis
Terima kasih kepada semua pihak kerana sudi meluangkan masa membaca keratan sedutan dari kitab bertajuk Solat Anugerah Tuhan ini. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan atau wakil pengedar , bolehlah e-mel kepada:
E-mel : tabutsakinah@yahoo.com
Sila nyatakan: (Bagi Wakil Pengedar).
1.
|
Nama Syarikat @ Individu.
|
2.
|
Alamat.
|
3.
|
No Telefon.
|
4.
|
Bilangan tempahan permulaan. Potongan bergantung kepada tempahan awal.
- 20% setiap naskah.
- Jika belian pukal (tunai) melebihi 100 naskah diskaun sebanyak 30%. |
** Pesanan secara individu akan dikenakan caj Pos Laju/Ekspress berharga RM5 sahaja bagi SM dan RM7 bagi Sabah dan Sarawak.
** Harga senaskah RM25 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Sahaja) di Semenanjung.
** Harga senaskah RM30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) di Sabah & Sarawak.
Pustaka Tabut Sakinah akan menerbitkan tiga kitab lagi dalam masa terdekat ini bertajuk:
1.
|
Ilmu Hikmah
Penulis: Tabut Sakinah. |
2.
|
POLIGAMI ANUGERAH TUHAN
(JILID 2).
Penulis: Tabut Sainah. |
3.
|
Pengajaran Yang Indah (Cetakan ke4).
Penulis Asal: Syeikh Abd Rahman Auf Al-Fansuri. |
Hubungi Agen / Dropship yang sah,
Tempoh penghantaran selama seminggu.
Terima kasih di atas sokongan anda semua. Amin.
Sila
klik pada gambar berkenaan untuk dibesarkan agar nampak jelas, supaya dapat membaca beberapa sedutan dari terbitan ini.
Terima kasih sekali lagi pada semua pelawat-pelawat yang sudi luangkan masa bersama kami.
Alhamdu Lillah.
Penerbit.
Pustaka
Tabut Sakinah.
No comments:
Post a Comment